kembali

Monday, February 23, 2015

2.6 juta pengidap diabetes di Malaysia


November 16, 2014

Menurut Kajian Persatuan Diabetes Malaysia dan Majlis Pencegahan Obesiti tahun lalu mendapati jumlah penghidap kencing manis membabitkan individu berumur 30 tahun ke atas

Ujian Diabetes

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sebanyak 2.6 juta rakyat negara ini menghidap diabetes pada tahun ini.

Lapor Bernama, kata Dr Hilmi masyarakat negara ini perlu memandang serius masalah ini supaya dapat mencegahnya lebih awal kerana kos untuk merawat penyakit tersebut amatlah tinggi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Hari Diabetes Sedunia 2014.

Menurut Kajian Persatuan Diabetes Malaysia dan Majlis Pencegahan Obesiti tahun lalu mendapati jumlah penghidap kencing manis membabitkan individu berumur 30 tahun ke atas.

Malaysia kemungkinan besar memiliki penghidap diabetes paling tinggi di Asia Tenggara dalam tempoh empat tahun apabila 3.6 juta rakyatnya menghidap penyakit kronik itu.

Hakikatnya statistik yang begitu merisaukan ini meletakkan Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tambahan pula mengikut Presiden Majlis Pencegahan Obesiti, Jong Koi Chong, Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dengan kedudukan keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti.





2 comments:

  1. Hampir 50% pesakit diabetes atau kencing manis tidak sedar bahawa mereka menghidap kencing manis. Jika anda alami tanda seperti luka lambat sembuh, lesu dan kerap dahaga, sila buat pemeriksaan diklinik. Rawatan pada peringkat awal penyakit lebih mudah berbanding peringkat kronik

    ReplyDelete